
Sebelum kita bercakap berkaitan laman web. Kita lihat dulu pada perkara asas nadi dalam perniagaan iaitu pemasaran atau lebih dikenali sebagai marketing. Marketing adalah element penting dalam perniagaan untuk memberitahu kepada pengguna atau pembeli berkaitan service anda dan produk anda. Jika ada kehendak, keinginan serta kemampuan, pengguna akan membeli. Jadi laman web juga akan membantu anda dalam membuat marketing untuk perniagaan anda di alam maya.
1. Laman Web adalah Brochure Alam Maya anda.
Sebagai contoh anda mempunyai brochure dan brochure tersebut menyimpan segala butir produk/service kita termasuk alamat dan no tel secara fizikal dan laman web juga mempunyai kelebihan yang sama seperti brochure tetapi lebih dari itu. Selain daripada memberikan informasi berkaitan produk anda, laman web turut memberi kemudahan seperti menjual, menerima tempahan dan sebagainya. Dengan ini, anda bukan saja tidak perlu cetak brohure, malah anda boleh edarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai internet di seluruh dunia dengan berkongsi alamat laman web (URL) anda. Lebih menarik jika laman web anda mempunyai video, maka anda boleh memaparkan video advertisement kepada bakal pengguna/prospek anda.
2. Membantu Anda Menerima dan Menguruskan Tempahan
Selain daripada memaparkan informasi, laman web juga berperanan untuk menerima dan menguruskan tempahan melalui order form. Order form yang telah diisi dan disubmit akan masuk ke dalam email peniaga dan database. Dengan ini peniaga akan dapat mengetahui order yang diterima dan menyemak senarai order. Peniaga juga boleh "follow up" pembeli yang belum membuat pembayaran. Security untuk filter informasi boleh dibuat untuk menapis maklumat palsu dan SPAM.
3. Medium Interaksi Pelanggan dan Peniaga.
Laman web juga mampu menjadi medium interaksi antara peniaga dengan pelanggan. Pelanggan boleh bertanyakan soalan pada peniaga secara live, atau berinteraksi secara face to face secara online. Sebagai contoh live chat atau webinar. Ia adalah medium yang amat effective untuk menyakinkan pelanggan berkaitan service anda atau produk yang anda jual.
Banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan memiliki laman web. Adakah anda bersedia untuk mengubah corak operasi perniagaaan anda untuk lebih kepada online dan IT savvy? Perniagaan online sememangnya dapat menjimatkan wang anda dan pasaran perniagaan lebih meluas.
Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan membina laman web dengan harga yang berpatutan boleh klik disini
- Read more blog about business here: https://jombiz.my/blogs